Artikel

Shell Malaysia Labur Pada ParkEasy – Sedia Kemudahan Parkir Pintar, Slot Pengecasan EV

Shell Malaysia Trading terus memperluaskan jejak penawaran khidmatnya dalam automotif – apabila kini mula melabur pada aplikasi ParkEasy, sebuah medium menyediakan kemudahan parkir pintar kepada pemandu.

Lebih menarik, kesepakatan ini juga turut akan memperlihatkan penawaran slo pra-tempahan bagi pengecasan kenderaan elektrik (EV) buat pengguna mereka.

Menerusi kesepakatan ini, Shell bersetuju memperolehi sekitar 50% pegangan saham di bawah Pixelbyte iaitu syarikat induk disebalik ParkEasy.

Berdasarkan jangkaan, aturan tersebut dapat diselesaikan menjelang suku ketiga kelak.