Artikel

Arab Saudi Naikkan Harga Minyak Mentah

Susulan tindakan Arab Saudi menaikkan harga jualan minyak mentah bagi Julai, kini harga minyak melonjak lebih $2 pada papan dagangan hari ini (6 Jun).

Situasi ini secara langsung memaparkan bekalan terhad walaupun OPEC+ memberi jaminan pengeluaran bekalan akan dipercepatkan dalam tempoh 2 bulan mendatang, menjelang Ogos kelak.

Berdasarkan pasaran semasa, minyak mentah Brent telah meningkat $1.80 iaitu naik 1.5% kepada $121.52 – sementara minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula naik 1.4% iaitu $1.63 kepada $120.50 sering setelah cecah tahap tertinggi selama 3 bulan.

Meskipun OPEC+ memaklumkan ketersediaan akan menampung permintaan bekalan, akan tetapi krisis di Rusia dan lonjakan permintaan AS dilihat berpotensi menyukarkan situasi tersebut. Dan ini akan mengakibatkan perubahan jangkaan pasaran.