Melihat potensi ekonomi yang dimiliki pada daerah Kuala Selangor ini, tidak lama lagi bandar Puncak Alam bakal memiliki stesen jajaran utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk kemudahan pengguna awam.
Khabar gembira ini dimaklumkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul pada kenyataan semalam (6 Jun) ketika kunjungan di daerah tersebut. Menurutnya pihak berkaitan telah meluluskan pertimbangan pembinaan stesen dan kelak akan diperincikan tindakan pembangunan stesen ECRL Puncak Alam itu.
Adanya langkah baik ini, ia secara langsung membantu negara merancakkan lagi kemudahan pengangkutan awam dan turut bakal membuka lebih banyak peluang serta ruang pasaran buruh untuk generasi semasa.