Artikel

Jadikan Ekonomi Malaysia Lebih Kukuh, Antara Tumpuan Bajet 2023 – MOF

Dikala pasaran Malaysia mengalami kejutan akan persekitaran ekonomi dunia, maka pelbagai faktor perlu diambil-kira oleh pentadbiran negara dalam menyeimbangkan semula struktur pertumbuhan.

Atas aspek tersebut, Kementerian Kewangan (MoF) kini telah menerbitkan Kenyataan Pra-Bajet bersempena persediaan ke arah Belanjawan 2023 kelak – untuk mengemudi haluan ekonomi Malaysia. Terdapat 3 objektif utama iaitu pemulihan, pembaharuan dan tingkatkan daya tahan ekonomi negara.

Berdasarkan matlamat, ini sasaran negara pada pertumbuhan;

  • Meningkatkan produktiviti, kekalkan inovasi
  • Memperkasakan kerjasama serantau dalm pembangunan infrastruktur, serta peruntukan tenaga
  • Mengukuhkan sistem pelindungan sosial
  • Memantapkan pembangunan modal insan
  • Memperkaskan ketelusan, akauntabiliti institusi awam
  • Memberi penekanan pembangunan PKS lebih kompetitif, berdaya tahan

Adanya tumpuan sedemikian, ia tidak hanya meningkatkan prestasi pasaran negara bahkan turut melonjakkan semula keyakinan para pelabur ke atas Malaysia.

Buat masa ini, prestasi negara memaparkan aliran yang baik susulan menerima sokongan berterusan permintaan domestik serta luar negara. Malah peratusan kadar pengangguran juga semakin menurun. Oleh itu, menerusi strategi yang baharu ini ia dijangka berpotensi meningkatkan pendapatan awam serta sosiekonomi negara dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun pihak kerajaan sedari, melalui konsep dasar ekonomi terbuka – fasa pemulihan Malaysia kekal menerima kesan terhadap krisis yang menimpa pada ekonomi dunia. Maka status pemulihan negara masih bergantung akan tahap ekonomi semasa.