Traveloka, syarikat startup pelancongan atas talian Asia Tenggara kini meraih lebih $200 juta dana daripada pelabur – selepasĀ rundingan untuk penyenaraian awam tidak berjaya bersama syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC) iaitu Bridgetown Holdings.
Berdasarkan laporan, Traveloka menyasarkan untuk laksana tawaran awam permulaan (IPO) di Amerika Syarikat (AS). Namun tidak didedahkan tempoh tindakan tersebut.
Sehingga kini, Traveloka dinilaikan sekitar $3 bilion dan memiliki pelbagai usahasama dalam perniagaan seperti bidang kewangan perbankan dengan Indonesia iaitu Bank Negara Indonesia serta Bank Rakyat Indonesia Persero.