Artikel

Arab Saudi Umum Laksana Kad Pintar Haji – Pada Tahun Ini

Seiring dengan kecekapan teknologi pada masa ini, Arab Saudi melihat ia sebagai alternatif terbaik untuk dimanfaatkan negara bagi merancakkan semula sektor ekonomi.

Susulan itu, kad pintar haji bakal dilaksanakan pada tahun ini.

Ia tidak sekadar memudahkan aliran kemasukan para jemaah untuk tanggungjawab ibadah tersebut. Tetapi turut memperlihatkan ketersediaan Arab Saudi melalui teknologi semakin diperkasakan.

Mengikut laporan Saudi Gazette, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan tindakan pengenalan kad pintar ini akan memanfaatkan 1 juta jemaah Haji pada tahun ini.

Ia termasuklah 850,000 (85%) jemaah luar negara dan 150,000 (15%) jemaah tempatan.

Selain makluman itu, Arab Saudi turut menyatakan visa lawatan bagi Umrah kini akan tersedia dalam tempoh 24 jam. Usaha itu secara langsung meningkatkan lagi kemudahan proses para jemaah.