F&N, Fraser & Neave Holdings Bhd kini merancang mengambil-alih sepenuhnya syarikat bersekutu mereka iaitu Cocoaland pada nilai berjumlah RM488.15 juta, selaku syarikat persendirian.
Makluman pihak lembaga pengarah menunjukkan F&N telah mengemukakan cadangan rasmi kepada pihak lembaga Cocoaland bagi tindakan usul pertimbangan penswastaan entiti.
Ini secara langsung akan membawa tindakan kepada pembelian baki saham yang tidak dimiliki F&N pada nilai RM1.50 sesaham.
Untuk makluman, setakat ini F&N memiliki 124.42 juta saham (27.66%) di dalam Cocoaland, adanya peralihan ini ia akan membabitkan pengambilalihan 325.41 juta saham Cocoaland milik pemegang saham (72.34%) mereka.
Bagi yang tidak tahu, di bawah pengendalian Cocoaland terdapat beberapa jenama produk dipasarkan – ia merangkumi Lot100, Cocopie, fruit10, Rotong dan pelbagai lagi.