Artikel

Harga Kereta Mungkin Naik 10% – Sekiranya Tiada Lanjutan Pengecualian Cukai

Buat pengetahuan umum, Malaysia telah menerapkan pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang bagi model tempatan (CKD) dan import (CBU) bagi pasaran automotif sejak Jun 2020. Namun pengecualian tersebut bakal berakhir pada 30 Jun 2022, tahun ini.

Ia bermakna sekiranya tidak dilanjutkan – ini akan membawa kepada peningkatan harga kereta sekitar 10% untuk model tempatan CKD dan kenaikan 5% untuk model import CBU.

Menurut makluman Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jangkaan ini akan berlaku pada bulan Julai 2022, di mana rakyat akan berdepan harga yang lebih tinggi.

Berdasarkan data laporan, 90% jumlah keseluruhan industri (TIV) adalah model CKD sementara 10% pula CBU. Ia secara langsung menjelaskan akan berlakunya kesan ketara kepada pasaran automotif negara.

Maka setakat ini pihak industri masih menanti keputusan MOF berhubung lanjutan pengecualian cukai automotif.