Artikel

Elon Musk Arah Pekerja Kembali Bertugas, 40 Jam Seminggu Di Pejabat – Atau Tinggalkan Tesla

Elon Musk mula mengatur langkah memberi arahan kepada para petugasnya untuk kembali bekerja di pejabat, sekurang-kurangnya memenuhi 40 jam tempoh bertugas dalam seminggu.

Sekiranya para petugas enggan, mereka diberi pilihan untuk meninggalkan pekerjaan di Tesla Inc.

Melihat pada tuntutan memo, pihak Tesla menyifatkan arahan ini tidak membebankan para pekerja. Ia disifatkan lebih longgar berbanding tindakan yang dilakukan kepada pekerja segmen kilang.

Meskipun memahami masih terdapat petugas yang khuatir akan situasi kesihatan semasa, namun tindakan ini adalah sebahagian daripada mengembalikan semula produktiviti pekerja dan normalisasikan persekitaran semasa.