Aliran trafik negara yang semakin sesak sejak kebelakangan ini secara langsung telah meningkatkan permintaan pembelian motorsikal di Malaysia. Ini bermakna potensi kenaikan harga dan kekurangan stok bakal berlaku dalam pasaran motorsikal.
Terbaru melalui Kosmo!, peningkatan harga motorsikal itu berupaya berlaku dalam tempoh 3 bulan hingga 6 bulan mendatang. Di mana kenaikan itu akan melibatkan lonjakan pada kadar RM300 hingga RM500.
Kenyataan tersebut telah disahkan oleh beberapa penjual motorsikal dan turut diakui oleh Persatuan Pengedar Motorsikal, Skuter Malaysia pada laporan.
Selain kenaikan harga, pelanggan juga perlu berdepan kekurangan stok bagi beberapa jenis motorsikal dan diberi amaran untuk menjangkakan proses perolehan stok menjadi lebih lama iaitu dalam tempoh 3 bulan untuk stok kembali tersedia.