Artikel

Isu Kesesakan Trafik – Hanya 21,000 Penumpang Lembah Klang Manfaat Kemudahan KTMB

Negara sejak minggu lalu, telah memaparkan aliran trafik yang tinggi pada penggunaan kenderaan di bandar utama tertentu. Kenaikan kesesakan ini sekaligus telah mencetuskan pelbagai kerugian kepada pengguna.

Khususnya melibatkan kos bahan api dan kos pergerakan masa mereka untuk ke tempat pekerjaan.

Situasi tersebut menurut Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Rani Hisham pada laporan Utusan, 28 Mei lalu – masih ramai pengguna awam tidak memanfaatkan kemudahan pengangkutan awam.

Menurutnya setakat ini, penggunaan tren KTMB bagi Lembah Klang hanya membawa sekitar 21,000 penumpang setiap hari. Walhal kapasiti muatannya berupaya menampung pergerakan 40,000 penumpang.

Angka tersebut secara jelas mengakibatkan berlakunya lebihan kapasiti pengguna di laluan trafik jalan raya. Ini secara langsung memperlahankan perjalanan ramai pihak.

Akan tetapi mengikut perkongsian BFM pada ciapan Twitter – ternyata rata-rata pengguna kesal akan ulasan pihak KTMB. Ini kerana terdapat kelemahan pada pengangkutan awam tersebut diperhatikan. Antaranya tidak semua kedudukan stesen KTMB adalah mesra pengguna, segelintir pengguna terpaksa alami kesesakan ketika waktu puncak, dan penjadualan perjalanan tren juga dilihat tidak menentu serta lebih lama.

Perkara tersebut mengakibatkan pengguna tidak memanfaatkan kemudahan tersebut dan melihat ia sewajarnya dinaik-taraf sebelum menunding jari kepada para pengguna.