Artikel

YTL Power Selesai Ambil-Alih Loji Janakuasa Firma Singapura – Pada Nilai RM861 Juta

YTL Power International Bhd, di bawah anak syarikatnya YTL PowerSeraya kini telah menyelesaikan agenda peralihan loji janakuasa milik Tuaspring, Singapura pada nilai anggaran RM861 juta ($196.5 juta).

Usaha ambil-alih stesen tenaga yang telah ditubuhkan sejak 2016 ini secara langsung melengkapkan aset penjanaan tenagan kumpulan di Singapura dan secara langsung mengukuhkan lagi kerjasama kedua negara dalam penerokaan pelaburan baharu dalam pasaran tenaga.

Menurut kumpulan milik hartawan Malaysia keluarga Yeoh, peralihan itu turut akan meningkatkan kehadiran YTL Power di hab kewangan rantau Asia. Di mana memiliki kapasiti penjanaan elektrik berlesen sehingga 3,100 megawatt.

Sehingga kini, YTL Power tidak hanya memiliki aset penjanaan kuasa di Malaysia sahaja, bahkan merangkumi Indonesia dan Singapura.