Artikel

AirAsia Ride Sasar Menjadi Khidmat Seru-Pandu Nombor Satu Malaysia

AirAsia Ride merupakan salah satu perkhidmatan seru-pandu yang ditawarkan di beberapa lokasi sekitar Malaysia. Terbaru, AirAsia Ride berkongsi mengatakan mempunyai sekitar 30,000 pemandu dibawah platform mereka, dan menyasarkan ia akan ditingkatkan kepada 50,000 pada tahun ini.

Disamping itu, Tony Fernandes juga percaya AirAsia Ride akan menjadi khidmat seru-pandu nombor satu di Malaysia – mengatasi pelbagai khidmat seru-pandu lain di pasaran.

Pada hari ini, ia boleh dikatakan pasaran seru-pandu didominasi oleh Grab – dan AirAsia Ride perlu melalui pelbagai fasa termasuk mempunyai liputan menyeluruh sebelum berjaya mencapai nombor satu dalam industri berkenaan.

AirAsia sebelum ini sedia menerajui pasaran penerbangan tambang murah, dan mungkinkah mereka berjaya dalam arena seru-pandu?