Artikel

Penternak Tidak Akan Menerima Subsidi, Mulai 1 Julai Kelak – PM Ismail Sabri

Susulan kumpulan penternak tidak memanfaatkan nilai subsidi yang diberikan oleh kerajaan, maka pemberian subsidi tersebut tidak lagi akan diberikan mulai 1 Julai kelak.

Perdana Menteri Ismail Sabri memaklumkan perkara ini pada sidang BN di Pusat Dagangan Dunia KL pada hari ini (1 Jun).

Buat makluman semua pihak, kerajaan telah menyalurkan pelbagai subsidi dengan jumlah RM720 juta bagi memastikan kenaikan harga ayam dapat dikawal, akan tetapi situasi itu tidak dimanfaatkan oleh para penternak. Ramai penternak dilaporkan tidak menuntut subsidi yang diberikan.

Maka subsidi tersebut tidak lagi akan diberikan, mengikut laporan dana tersebut akan terus disalurkan kepada kumpulan rakyat yang memerlukan khususnya kumpulan B40.

Berhubung tindakan lanjutan, perincian seterusnya akan dilaksanakan oleh MAFI – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam tempoh terdekat kelak.