Artikel

AirAsia Ride Sertai Penawaran Seru-Pandu Di Thailand – Beri Persaingan Pada Grab

AirAsia Ride, di bawah Super App kini secara rasminya mengesahkan penyertaan mereka pada arena khidmat seru-pandu di Thailand.

Menerusi penyertaan AirAsia Ride di Thailand ini, ia secara langsung menjadikan ia sebagai negara Asean kedua yang menerima penawaran khidmat syarikat.

Apa yang menarik, adanya segmen seru-pandu ini ia melengkapkan penawaran pada ekosistem aplikasi AirAsia di Thailand. Pengguna tidak hanya boleh menempah pengangkutan kereta bahkan turut merangkumi khidmat penginapan dan manfaat ciri lain.

Situasi ini juga secara jelas akan memberi persaingan kepada rakan pasaran lain seperti Grab dan Estonia Bolt Tech pada pasaran seru-pandu di Thailand.

Setakat ini, seramai 3,000 rakan pemandu telah berdaftar bersama AirAsia Ride di Bangkok. Pihaknya menjangkakan akan meluaskan perkhidmatan ke destinasi percutian seperti Phuket dan Chiang Mai untuk menarik perhatian pengguna antarabangsa.

Melihat pada permulaan ini, Bloomberg Inteliigence menyasarkan langkah menembusi pasaran baharu seru-pandu di Thailand adalah bukan suatu perkara yang mudah buat AirAsia. Ini kerana ia memerlukan persediaan dari segi perbelanjaan tinggi dalam menggaji rakan pemandu baharu.

Maka pelbagai persediaan promosi dan ganjaran wajar diketengahkan AirAsia Ride kepada pengguna Thailand untuk merancakkan permintaan mereka pada fasa awal.