Artikel

Nestlé Malaysia Rancang Jadikan MILO Jenama Bebas Plastik – Menjelang 2025

Seiring dengan agenda mengurangkan sisa pencemaran plastik pada produk pasaran negara, Nestlé Malaysia ketika merancang meluaskan pembungkusan mesra-alam mereka pada pasaran serantau.

Menerusi tindakan itu, pihaknya berhasrat menjadikan MILO sebagai jenama pertama negara yang tampil selaku produk bebas plastik menjelang tahun 2025 kelak.

Pada usaha itu bagi fasa awal, Nestlé memaklumkan akan mengurangkan penggunaan plastik satu pertiga pada pasaran  dan menjamin penggunaan pembungkusannya adalah daripada bahan boleh dikitar-semula dan boleh diguna semula.

Setakat ini, untuk pengetahuan pengguna sekitar 90% daripada bahan pembungkusan produk Nestlé Malaysia adalah boleh dikitar-semula.

Rentetan matlamat pihaknya menjadikan MILO jenama terawal negara yang mengalami perubahan – Nestlé telah melaksanakan penggantian penggunaan plastik sekali guna bagi pek kluster MILO UHT 125ml dengan kertas dikitarsemula yang diperoleh secara lestari, dan berusaha untuk meluaskan inovasi ini kepada seluruh rangkaian UHT.

Untuk usaha lanjutan, pelbagai lagi inovasi akan dipergiatkan pada jenama produk Nestlé lain.