Artikel

Bekalan Ayam Semakin Stabil, Tiada Kekurangan Ketara – MAFI

Bermula hari ini, tindakan negara menghentikan ekport 3.6 juta ayam diperhatikan akan membantu menyeimbangkan status bekalan mentah Malaysia.

Setakat ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan bekalan ayam kembali pulih dan tidak menunjukkan sebarang kekurangan ketara pada pasaran jualan.

Ia merangkumi permintaan di pasar tani dan pasar raya. Berdasarkan anggaran, pengusaha ternakan perlu memastikan permintaan bekalan keperluan ayam sehingga 2 juta ayam setiap hari dapat dipenuhi.

Susulan bekalan ayam semakin pulih, MAFI bersama kerajaan kini telah menampung RM71 juta subsidi di bawah skim kawalan harga sejak awal Februari lalu. Untuk makluman, harga siling ayam kini ditetapkan RM8.90 sekilogram.