Dengan pelbagai barang yang memperlihatkan kenaikkan harga akhir-akhir ini, kini hadir laporan mengatakan pemilik restoran mamak akan meningkatkan harga jualan untuk roti canai dan juga teh tarik.
Melalui laporan TheSun, harga dijangka meningkat sekitar 10% ke 15%. Sekiranya sekeping roti canai mungkin berharga sehingga RM2.20, sementara teh tarik mungkin berharga mencapai RM2.50.
Menurut presiden Presma (Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia), ahli mereka masih belum menaikkan harga buat masa ini. Namun, dengan harga barangan yang semakin meningkat, mereka mungkin melihat untuk meningkatkan sekitar 10% harga jualan.
Bercakap lanjut mengenainya juga, harga tepung 25kg yang berharga RM49.90 pada Januari lepas kini dijual pada harga RM62.90, sementara harga marjerin pula telah meningkat daripada RM85 kepada RM100.