Artikel

PM Ismail Tidak Menolak Penggunaan GST Semula – Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup

Perdana Menteri Ismail Sabri melalui temubual khas Nikkei Asia memaklumkan pihak pentadbiran negara tidak menolak sebarang kemungkinan untuk menggunakan semula sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada pasaran Malaysia.

Menurutnya pada laporan, komponen GST dilihat berpotensi membantu negara menangani isu kenaikan kos sara hidup dan situasi inflasi ketika ini.

Penerapan GST juga berupaya membantu negara meluaskan pendapatan semasa. Umum perlu sedari, setakat ini Malaysia telah berdepan kerugian RM20 bilion pendapatan tahunan susulan pemansuhan GST. Ini kerana negara kembali menerap semula sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Berdasarkan perkongsiannya, tiada negara yang beralih dari GST kepada SST – setakat ini Malaysia menjadi negara yang membuat pilihan tersebut.

Selain memberi gambaran penggunaan semula GST, PM Ismail menjelaskan kerajaan Malaysia terus dengan komitmen mereka untuk mendidik semula rakyat berhubung sudut positif sistem pengutipan cukai. Mengikut laporan, sebuah pelan komprehensif aka dibawa ke mesyuarat kabinet Malaysia tidak lama lagi.

Adanya pendedahan ini, agenda tersebut bermatlamat membantu negara memperkasakan semula pendapatan semasa.