Artikel

TNB Import Arang Batu Indonesia – Pada Nilai RM13.13 Bilion Selama 3 Tahun

Bagi menjamin pembekalan tenaga tidak terjejas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini memeterai perolehan import arang batu bersama Indonesia dengan nilai $3 bilion (RM13.135 bilion) untuk tempoh 3 tahun.

Berdasarkan nilai itu, dilihat kontrak tersebut mengalami peningkatan kos susulan harga bahan pada pasaran. Sebelum ini, nilai persetujuan import melibatkan angka $2.3 bilion.

Seperti yang umum ketahui, kerajaan Indonesia memaklumkan pada Januari lalu untuk menangguhkan seketika agenda eksport arang batu bagi memastikan permintaan domestik mereka kekal terjamin.

Langkah itu secara langsung memberi tekanan kepada TNB, berikutan 65% arang batunya adalah diimport dari Indonesia.

Akan tetapi dengan kesepakatan baharu ini, ia berupaya mengekalkan jaminan bekalan buat operasi TNB. Selain Indonesia, TNB turut mendapatkan bekalan dari Russia dan Afrika Selatan.