Artikel

Texas Chicken Disasar Buka 115 Cawangan, Menjelang 2030 – Melibatkan RM230 Juta Pelaburan

Texas Chicken, jenama makanan segera kelak dilihat bakal membuka sekitar 115 cawangan baharunya di pasaran negara, menjelang tahun 2030.

Perluasan cawangan tersebut dijangka akan melibatkan anggaran RM230 juta pelaburan Envictus International Holdings Limited.

Tindakan pelaburan ini susulan melibatkan pelaksanaan pembaharuan Perjanjian Francais Berbilang Unit Antarabangsa bersama Cajun Global LLC yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Buat pengetahuan umum, setakat ini Envictus memiliki 85 cawangan di seluruh Semenanjung negara, di mana 60% operasi tertumpu di Lembah Klang sementara lebih separuh terletak di bawah operasi pusat membeli-belah.

Menerusi kejayaan itu, agenda baharu ini disasarkan akan terus meluaskan jenama pada pasaran Sabah dan Sarawak, serta tidak lama lagi di Brunei.