Artikel

Loob Ventures Melabur Pada Good Foodie Media

Loob Ventures, salah satu syarikat pelaburan yang diterajui oleh CEO Loob Holdings (TeaLive, Bask Bear dan sebagainya) kini melakukan pelaburan strategik pada salah satu syarikat media digital memfokuskan makanan, Good Foodie Media.

Good Foodie Media mempunyai sejumlah jenama dibawah mereka, termasuk yang popular adalah KL Foodie, Penang Foodie, Singapore Foodie, dan beberapa yang lain.

Good Foodie Media telah ditubuhkan pada 2016 yang lepas dan mempunyai jutaan pembaca setiap bulan. Mereka juga menyasarkan untuk memperluaskan liputan ke pasaran Sabah, Sarawak, disamping ke negara-negara lain sekitar Asia Tenggara.