Artikel

Sejumlah 159,148 Kekosongan Pekerjaan Diiklankan Bagi Suku Pertama 2022 – Menurun 16.4%

Pembukaan ekonomi secara menyeluruh ketika ini telah melonjakkan kembali pasaran buruh Malaysia, apabila setakat suku pertama 2022 sekitar 159,148 jumlah kekosongan jawatan dicatatkan.

Bagaimanapun, pengiklanan jawatan kosong pada suku ini lebih rendah 16.4% berbanding suku akhir tahun lalu sekitar 190,436 jawatan kosong dalam tinjaun Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Mengikut perincian, bulan Februari 2022 memaparkan bilangan jawatan kosong tertinggi dengan 67,172 kekosongan, manakala Januari pula 48,924 dan Mac pula 43,052 kekosongan.

Sementara itu mengikut kategori pekerjaan, majoriti skop yang ditawarkan pada suku kedua 2022 adalah;

  • Profesional (71,431 kekosongan)
  • Juruteknik dan Profesional Bersekutu (28,231 kekosongan)
  • Pengurus (17,917 kekosongan)

Sambil diikuti penawaran Pekerja Sokongan Pekeranian, Pekerja Perkhidmatan dan Jualan serta bahagian Operator Mesin dan Loji, Pemasangan.

Bagi kekosongan pekerjaan tertinggi pula menunjukkan sektor Perdagangan Borong dan Runcit (31,671), diikuti Pembuatan (29,549) dan Profesional, Saintifik dan Teknikal (15,040).

Manakala mengikut negeri pula, sejumlah 67,880 kekosongan telah ditawarkan ibu kota negara Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, diikuti Selangor menawarkan 26,869 kekosongan dan Johor pula 11,611 kekosongan.

Sementara Perlis pula menawarkan 421 kekosongan dan WP Labuan 107 kekosongan menjadi kawasan terendah dari aspek penawaran pekerjaan.