Artikel

Taman Tema Upin & Ipin Bakal Dibuka Di Cyberjaya – Menjelang 2024 Kelak

Pasaran animasi tempatan terus memperlihatkan peningkatan dari semasa ke semasa dalam ekonomi negara. Melihat pada kerancakkan itu, Les’ Copaque bersama Cyberview kini mengumumkan bakal membuka taman tema Upin dan Ipin di Cyberjaya, menjelang tahun 2024.

Menerusi pembangunan taman tema, ia dilihat dapat meningkatkan lagi prestasi industri kreatif negara bersama manfaat sektor pelancongan negara. Langkah ini akan mengukuhkan lagi nilai komersial industri kreatif Malaysia.

Berdasarkan perancangan awal, pembukaan taman tema ini difahamkan akan melibatkan keluasan 30 ekar dan akan menampil pelbagai tarikan karakter animasi di bawah Les’ Copaque, antaranya seperti Puteri dan DaDuDiDo.

Malah menerusi pembangunan ini juga ia dilihat berpotensi turut menyumbang pada pasaran buruh bandar Cyberjaya dalam sektor perkhidmatan yang dijangka membawa kepada 87,000 peluang pekerjaan dan penyertaan lebih 1,000 syarikat di Cyberjaya.