Artikel

Industri Tembakau Terus Merugikan Dunia, Setiap Tahun Lebih 8 Juta Penduduk Terkesan – WHO

Tahukah anda, setiap tahun lebih 8 juta nyawa penduduk dunia terkorban disebabkan industri tembakau? Tidak hanya itu, industri ini turut memberi kesan kepada kelestarian global – merangkumi 600 juta pokok, 200,000 hektar tanah, 22 bilion tan air serta 84 juta tan karbon dioksida.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada dapatan Tembakau Meracuni Planet Kita pada hari ini (31 Mei) menjelaskan kegusaran mereka akan situasi semasa.

Lebih membimbangkan, majoriti penanaman tembakau ini berlaku adalah di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Ia sekaligus meningkatkan lagi kerugian dunia.

Selain itu, peningkatan kos turut berlaku pada segmen pembersihan produk tembakau ini di mana mengikut data terpilih – China menelan perbelanjaan sekitar $2.6 bilion, India $766 juta diikuti Brazil dan Jerman pula lebih $200 juta.

Pembaziran itu secara langsung tidak hanya melibatkan nyawa, kos malah peningkatan pencemaran alam sekitar juga semakin ketara. Maka semua pihak perlu memainkan peranan untuk membendung permasalahan ini.