Artikel

Sapura Energy Jual Kapal, Pada Nilai RM313 Juta

Sapura Energy pada anak syarikat milik penuhnya iaitu Sapura 3000 Pte Ltd kini mencapai sepakat bersama Safeen Feeder Company laksana penjualan kapal Sapura 3000 pada nilai $71.50 juta iaitu RM313 juta.

Buat pengetahuan umum – kapal Sapura 3000 adalah kapal pasang-paip serba boleh – yang berupaya menjalankan projek laut dalam dan cetek. Ia telah mula dibangunkan sejak tahun 2008 lagi.

Persetujuan yang dicapai pada minggu lalu (27 Mei) itu, mengikut makluman kepada Bursa Malaysia dilihat sebahagian daripada pelan tetapan semula kumpulan, yang memberi tumpuan kepada kemampanan jangka panjang Sapura Energy. Di mana dengan meningkatkan kedudukan kecairan syarikat, ia akan menyelaraskan model operasinya dan menyediakan lebih fleksibiliti untuk pertumbuhan strategik kumpulan.

Menerusi cadangan penjualan kapal tersebut – perolehan tersebut akan digunakan untuk modal kerja serta mengurangkan kadar pinjaman kumpulan.

Berdasarkan laporan, penjualan aset ini dijangka dapat diselesaikan pada pertengahan Julai kelak.