Artikel

Media Prima Raih Untung RM5.2 Juta – Melonjak 26%

Bersempena laporan kewangan bagi suku pertama tahun 2022, yang berakhir pada 31 Mac lalu – Media Prima memaparkan prestasi menarik apabila raih untung bersih RM5.2 juta. Ini meningkat 26% berbanding suku tahun lalu sekitar RM4.2 juta.

Meskipun meraih lonjakan, pendapatan bagi suku tahunan sedikit menurun kepada RM247.4 juta iaitu -3% berbanding data sebelumnya. Laporan menunjukkan pendapatan kumpulan terus didorong hasil kenaikan perolehan pengiklanan – yang meningkat 14% kepada RM174.4 juta.

Selain pengiklanan, prestasi penyiaran dan digital turut membantu pertumbuhan pendapatan kumpulan. Dorongan ini sekaligus mengukuhkan lagi kepercayaan pengguna terhadap perkhidmatan Media Prima.

Susulan itu, kumpulan kelak menyasarkan memperkasakan keseluruhan penawaran khidmat mereka kepada pengguna, untuk kekal berdaya saing seiring dengan permintaan digitalisasi.