Artikel

Sekitar 55% Penduduk Malaysia Beragama Islam Tidak Miliki Akaun TH

Lembaga Tabung Haji (TH) setakat Mei kini memaparkan prestasi membrangsangkan apabila mencatat paras tertinggi jumlah deposit sekitar RM88 bilion – ini didorong kadar keyakinan tinggi terhadap medium pengurusan haji negara.

Bagaimanapun, melihat pada prestasi yang baik ini- TH akui sekitar 55% penduduk beragama Islam di negara tidak mendaftar akaun di bawah TH.

Ini kerana sekiranya peratusan tersebut turut serta pada dana TH, ia akan membantu pengembangan saiz deposit dan lebih banyak keuntungan boleh dijanakan untuk membantu kumpulan asnaf di seluruh negara.

Sehingga kini mengikut laporan, jumlah pendeposit TH sekitar 8.5 juta sementara jumlah orang Islam di Malaysia mengikut DOSM 2020 pula anggaran sekitar 18.9 juta. Ini bermakna lingkungan 45% rakyat Malaysia beragama Islam adalah pendeposit TH.