Artikel

Graduan Digalakkan Sertai Industri Francais – KPDNHEP

Bagi merancakkan landskap perniagaan negara dan memanfaatkan kemudahan teknologi – graduan Malaysia kini disarankan untuk sertai bidang francais negara.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melihat usul tersebut sebagai langkah alternatif buat siswazah negara meluaskan kemahiran mereka, disamping meningkatkan peluang pendapatan.

Malah pentadbiran melihat perniagaan di bawah industri francais wajar dimulakan pada peringkat awal khususnya dalam kalangan belia seperti para siswazah. Ketika ini arena francais negara semakin memaparkan peningkatan dari tahun-ke-tahun.

Setakat ini, sekitar 1,137 francais berdaftar bersama KPDNHEP, sementara 68 francais darinya berjaya menembus pasaran antarabangsa.

Buat pengetahuan umum, mengikut Laporan Tahunan Perniagaan Francais 2020, nilai jualan syarikat francais meningkat 9.7% pada tahun 2020 dengan RM14.6 bilion lebih tinggi berbanding RM13.3 bilion yang dicatatkan pada 2019.

Adanya gagasan ini, ia turut meningkatkan pasaran buruh Malaysia dari semasa ke semasa.