Maybank kini memperkenalkan had pengeluaran baharu untuk untuk para pengguna individu bermula 18 Jun 2022 kelak.
Dengan perubahan baharu ini, had pemindahan untuk akaun individu akan ditingkatkan menjadi RM50,000 setiap hari, berbanding hari ini yang terhad kepada RM30,000.
Seperti biasa, pengguna Maybank2U boleh menetapkan had pemindahan dan pembayaran pada akaun masing-masing dengan menetapkan had tersendiri. Untuk melakukannya, hanya log masuk ke Maybank2U, dan seterusnya pilih Settings dan “Pay & Transfer”.