Artikel

Disebabkan Inflasi, Apple Dan Samsung Kurangkan Pengeluaran Telefon Tahun 2022 Ini

Samsung dan Apple merupakan dua pengeluar terutama dunia dari segi angka pengeluaran telefon pintar. Apa pun, untuk tahun ini, Samsung dan Apple kini mengurangkan sasaran pengeluaran telefon berbanding dengan perancangan awal.

Angka pengurangan yang dilakukan adalah berpuluh juta unit oleh setiap syarikat.

Hal ini adalah disebabkan oleh inflasi, membawa kepada perubahan corak perbelanjaan oleh para pengguna seluruh dunia.

Disamping itu, kekangan dalam pengeluaran cip dan komponen semikonduktor turut membawa kepada keputusan kedua-dua syarikat gergasi ini.

Kita juga mungkin akan melihat pelbagai syarikat pengeluar telefon lain melakukan perkara sama dari segi angka pengeluaran telefon untuk mengelak stok tidak terjual sekaligus membawa kepada kerugian.