Artikel

27 Mei 1961 – Gagasan Malaysia Dikemukakan Pertama Kali

Hari ini dalam sejarah pada tahun 1961, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah selaku Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu telah kemukakan Gagasan Malaysia

Gagasan ini diadakan oleh Persatuan Wartawan-wartawan Luar Negeri Asia Tenggara dalam satu majlis jamuan yang bertempat di Hotel Adelphi, Singapura.

Susulan itu, dalam cadangannya menyatakan Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain, rakyat-rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak bagi mengeratkan lagi kerjasama politik dan ekonomi. Menurutnya lagi, Tanah Melayu juga tidak boleh mengisolasikan diri dari politik antarabangsa. 

Ini merupakan cadangan pertama yang dikemukan oleh seorang pemimpin secara terbuka di rantau ini. Hal ini kerana, pada masa zaman itu cadangan seperti ini dikira berbahaya dari segi politik dan tidak praktikal semasa kegelisahan politik sedang berlaku.

Buat pengetahuan umum, Gagasan ini bertujuan untuk membantu membebaskan wilayah-wilayah British di Borneo daripada penjajahan dan sekat pengaruh komunis. Dalam pada itu, meningkatkan kemajuan ekonomi setempat, mengimbangkan jumlah penduduk dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah.  

Cadangan tersebut untuk makluman semua telah disampaikan kepada Perdana Menteri British, Harold Macmillan pada tanggal 26 Jun 1961. Tindakan ini bagi mencapai kesepakatan yang diusulkan dalam gagasan tersebut.

Bagaimanapun pada 16 September 1963, YTM Tunku telah menolak secara menyeluruh perjalanan politik antarabangsa di rantau ini membuatkan berlakunya perubahan pada peta Asia Tenggara ketika Malaysia ditubuhkan. Untuk makluman, tarikh yang sama ini juga merupakan tarikh kemerdekaan yang sebenar bagi negeri Sabah dan Sarawak.