Artikel

Eksport Malaysia Naik 20.7% – Catat RM127.5 Bilion

Pembukaan ekonomi secara menyeluruh ternyata telah merancakkan kembali aliran pasaran Malaysia, apabila jumlah dagangan negara setakat April kini mencapai paras RM231.4 bilion, meningkat (21.3%).

Pertumbuhan itu merangkumi lonjakan eksport 20.7% kepada RM127.5 bilion, manakala import pula meningkat 22% kepada RM103.9 bilion.

Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), antara segmen yang mendorong peningkatan tersebut adalah eksport pakaian dan kelengkapan (18.5%) kepada RM499.9 juta.

Melihat pada pertumbuhan tersebut, terdapat 3 negeri yang memaparkan peningkatan eksport pakaian iaitu Johor dengan RM272.2 juta, diikuti Selangor (RM104.3 juta) dan Perlis (RM41 juta).