Dikala rakyat Malaysia sedang resah memikirkan stauts bekalan ayam negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini memberi jaminan, isu itu dijangka dapat diselesaikan Jun kelak.
Megikut laporan Astro Awani, pemantauan KPDNHEP melihat beberapa kawasan telah mula merekodkan pemulihan dalam isu kekurangan bekalan ini.
Maka bagi memastikan ketirisan tersebut dapat diatasi – penguatkuasaan KPDNHEP akan terus dijalanakan sehingga 5 Jun kelak, ini bertujuan memastikan pelarasan harga maksimum ayam dan telur terus dipatuhi semua pihak berkaitan.
Walaupun ketirisan bekalan dapat diatasi oleh KPDNHEP ini, namun secara realitinya masih terdapat pelbagai lagi premis makanan seperti restoran makanan segera memiliki bekalan yang terhad mengikut laporan MalayMail. Situasi itu membawa mereka kepada penawaran yang terhad kepada pengguna.