Artikel

Capital A Rugi RM903.79 Juta

Capital A, syarikat induk disebalik penerbangan nilai tambang murah negara ini mencatatkan kerugian bersih sekitar RM903.79 juta bagi suku pertama 2022.

Angka kerugian ini lebih tinggi berbanding sebelumnya iaitu RM767.42 juta. Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia pada 26 Mei lalu, situasi ini didorong sebahagian daripada pelan penstrukturan semula kumpulan.

Meskipun permintaan dan kapasiti perkhidmatan di bawah Capital A kembali rancak namun kumpulan tetap berdepan tekanan kenaikan kos, khususnya melibatkan lonjakan bahan api serta bahagian penyelenggaraan.

Namun dikala kerugian bersih ini melebar, hasil suku tahunan kumpulan turut memperlihatkan peningkatan yang membrangsangkan, apabila mencatatkan kenaikan 152.8% kepada RM811.78 juta.

Peningkatan perolehan kumpulan ini disokong berdasarkan pembukaan perkhidmatan secara menyeluruh mula dicapai syarikat bersekutu.

Untuk perincian, perolehan tersebut telah disumbangkan berdasarkan segmen berikut;

  • Penerbangan – 64%
  • Logistik – 15%
  • Digital dan Segmen LainĀ  -15%
  • Kejuruteraan – 6%

Melihat pada fasa pemulihan ini, Capital A akan memanfaatkan permintaan semasa dengan memperkenalkan kapasiti tambahan sebanyak 238% untuk penggunanya di Malaysia, Indonesia dan Filipina.