Artikel

Sarawak Dijangka Perkenal Diskaun Tarif Elektrik – Bantu Peruncit Tangani Kos

Sarawak pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu ini memaklumkan kelak pihaknya memperkenalkan diskaun ke atas tarif elektrik kepada para peruncit dan pengeluar makanan.

Langkah ini bertepatan untuk melindungi peningkatan kos sara hidup yang dilihat semakin menjejaskan rangkaian perniagaan negeri. Seperti yang umum ketahui, Malaysia selaku pengimport bersih makanan, situasi semasa menjadikan harga makanan negara lebih tinggi.

Adanya usaha ini, mengikut laporan ia akan meringakan bebanan pengendali makanan dan restoran pada pasaran Sarawak.

Pada masa yang sama, terdapat usul juga memaklumkan pengurangan harga gas petroleum cecair (LPG) iaitu gas memasak untuk isi rumah juga dapat dikurangkan kelak.

Meskipun kerajaan persekutuan telah menampung subsidi LPG sehingga 50% namun Sarawak memiliki kelebihan daripada hasil minyak dan gas yang dikeluarkan Sarawak menerusi cukai jualan SST.

Tindakan campur-tangan kerajaan negeri dalam keseimbangan kos ini secara langsung membantu rakyat negeri mengatur kembali perbelanjaan mereka.