Pos Malaysia, firma kurier negara ketika ini memaparkan kerugian bersih pada paras RM30.37 juta bagi suku pertama 2022 – bagaimanapun kerugian ini lebih rendah daripada suku yang sama sebelum ini.
Bagi data pendapatan pula, Pos Malaysia menunjukkan kemerosotan apabila mencatatkan RM484.35 juta, jatuh 18.6% berbanding tahun lalu. Menurut pihak, kejatuhan itu didorong hasil pembelian atas talian yang semakin menurun dan perubahan tingkahlaku pembeli mempengaruhi permintaan kurier.
Meskipun, mengakui pembukaan ekonomi telah meningkatkan cabaran permintaan kurier – namun Pos Malaysia kekal yakin prestasi akan lebih baik pada tahun ini.