RapidKL, penyedia pengangkutan awam negara kini memaklumkan terdapat perubahan kekerapan tren pada dua laluan tren melibatkan LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Kajang.
Di mana untuk tren LRT Kelana Jaya, kekerapan tren ketika;
- Waktu Puncak – Setiap 4 minit
- Waktu Luar Puncak setiap 7 minit
- Hari minggu dan Cuti Umum – Setiap 7 Minit
Manakala perubahan kekerapan tren untuk MRT Kajang pula adalah;
- Waktu Puncak – Setiap 6 minit
- Waktu Luar Puncak – Setiap 10 minit
- Hari Minggu dan Cuti Umum – Setiap 10 minit
Tindakan ini adalah untuk memudahkan proses menaik-taraf proses perkhidmatan tren, aturan sedemikian bagi menjamin keselamatan dan keselesaan semua pihak serta para pengguna.
Untuk itu, semua pengguna perlu merancang perjalanan anda sebaik mungkin berdasarkan peringatan yang diberikan.
Bermula 26 Mei, ada sedikit perubahan kepada kekerapan perkhidmatan tren Laluan Kelana Jaya dan Laluan MRT Kajang pada waktu puncak dan juga waktu luar puncak. Sila rujuk poster untuk info lanjut.#rapidkl pic.twitter.com/9vTqnuv9CJ
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) May 26, 2022