Artikel

Untung Bersih Maybank Catat RM2.04 Bilion – Turun 14.5%

Maybank, perbankan negara kini memaparkan data keuntungan bersih pada paras RM2.04 bilion bagi suku pertama 2022, yang berakhir 31 Mac lalu.

Bagaimanapun perolehan ini, telah merosot sekitar 14.5%. Lebih rendah berbanding keuntungan bersih suku yang sama pada tahun lalu iaitu RM2.39 bilion.

Sementara bagi pendapatan bersih operasi pula, Maybank mencatatkan RM6.45 bilion lebih rendah berbanding sebelumnya iaitu RM6.83 bilion. Ini bermakna penyusutan 5.4% dicatatkan pada pendapatan bersih.

Berdasarkan data suku kewangan, penyusutan ini didorong hasil ketirisan geopolitik dan ketidaktentuan pasaran yang berlaku pada tempoh tersebut, ini memberi kesan pada persekitaran operasi kumpulan.

Meskipun hadapi kesukaran sedemikian, Maybank memaklumkan akan terus memanfaatkan pertumbuhan melalui segmen pelanggan dan mengukuhkan kekudan modal kumpulan dari semasa ke semasa.