Artikel

Snapchat Dijangka Hilang $15 Bilion Permodalan Pasaran

Snapchat, penyedia media sosial global minggu ini memberi isyarat bahawa kumpulan akan berdepan situasi sukar berhubung penurunan keuntungan.

Ini secara langsung akan memperlahankan perbelanjaan firma bersama pengambilan pekerja mereka.

Setakat Selasa (24 Mei) lebih 40% saham Snap Inc telah menjunam dan situasi ini secara langsung membawa kepada potensi kehilangan $15 bilion dalam permodalan pasaran mereka.

Permodalan pasaran membawa erti jumlah nilai saham syarikat yang disenaraikan berasaskan pasaran semasa.

Tidak hanya itu mengikut laporan, saham pada pengiklan atas talian utama dan syarikat media sosialnya akan kehilangan sekitar $200 bilion. Bagaimanapun isyarat ini tidak sekadar menghimpit Snapchat sahaja.

Situasi penurunan saham turut dapat diperlihat pada platform sosial lain seperti Google, Twitter dan beberapa jenama lain.