Artikel

Perdana Menteri Sri Lanka Dilantik Selaku Menteri Kewangan – Sasar Atasi Krisis Ekonomi

Ranil Wickremesinghe, Perdana Menteri Sri Lanka kini menerima tanggungjawab baharu dengan memegang portfolio selaku Menteri Kewangan negaranya.

Peranan itu sekaligus bermatlamat mengatasi isu ekonomi teruk yang melanda di Sri Lanka.

Seperti yang umum ketahui, Sri Lanka kini berdepan dengan beban hutang berserta konflik ekonomi yang melampau mengakibatkan berlakunya proses rusuhan rakyat, ketidakmampuan biayai sumber makanan, kesihatan dan bahan api.

Berdasarkan laporan AFP, langkah lantikan itu kelak akan memperliharkan pengenalan pelan belanjawan baharu buat Sri Lanka tidak lama lagi.

Di mana penekanan perbelanjaan dimaklumkan akan beri tumpuan pada kesan inflasi dunia ketika ini.

Berdasarkan status semasa, Sri Lanka kini telah melantik perunding antarabangsa untuk membantu negara mereka, menstrukturkan kembali bon berdaulat antarabangsa dan pinjaman dua-hala yang lain. Buat masa ini, Sri Lanka dinyatakan memiliki tunggakan hutang berjumlah $51 bilion.