Sekiranya Ringgit terus merundum, ini akan memberi kesan kepada lonjakan kos dan seterusnya membawa impak kepada pembinaan sistem pengangkutan negara seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transik Aliran Massa (MRT).
Pemerhatian mantan CEO Prasarana Malaysia, Datuk Ridza Abdoh Salleh itu didorong kesan kejatuhan mata wang negara, ia dilihat akan meningkatkan risiko tanggungan kos komponen kepada pembekal dan kontraktor.
Apabila situasi ini berlaku ia akan menyebabkan peningkatan harga berlaku untuk menampung risiko tukaran mata wang asing dan memerlukan Prasarana membayar nilai yang lebih tinggi bagi perolehan komponen pembinaan.
Perkara ini akan menganggu kecekapan serta prestasi Prasarana dalam khidmat pengangkutan, dan akhirnya pengguna menerima kesannya.
Maka berdasarkan laporan DagangNews ini, pihaknya mencadangkan usul tambatan ringgit wajar dipertimbangkan, iaitu meningkatkan daya eksport dan menguragkan import negara bagi memulihkan kembali rizab asing Malaysia.
Akan tetapi usul ini telah mendapat pandangan berbeza dari beberapa pemerhati ekonomi – di mana tindakan itu berupaya memberi kesan ketara kepada pasaran kewangan negara.