Artikel

25 Mei 1982: Sidang Kelapa Kebangsaan Pertama – Sasar Basmi Kemiskinan Industri

Tanaman kelapa merupakan tanaman utama yang berkembang pesat di Malaysia. Antara pengeluaran kelapa terbesar adalah di Perak, Johor, Kuala Terengganu, Sabah dan di beberapa lagi negeri lain. Keadaan iklim di Malaysia membolehkan kita untuk menjadi antara pengeluar terbesar bagi industri berkaitan kelapa dan getah. 

Susulan itu, hari ini dalam sejarah kita dapat merungkai berlakunya Persidangan Kelapa Kebangsaan Pertama anjuran MARDI telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian iaitu YB Dr. Chin Hon Ngian di Kuala Lumpur pada 25 Mei 1982.

Persidangan ini bertujuan untuk membantu pekebun-pekebun kelapa, penanam padi serta pekebun kecil getah yang telah dikenalpasti sebagai golongan miskin. Disebabkan perkara tersebut dan pengeluaran kelapa yang rendah, kerajaan telah berusaha bagi membantu menghapus kemiskinan di kalangan mereka. 

Selari dengan itu, ia juga adalah langkah awal untuk membantu membangunkan industri kelapa di Malaysia dan sekaligus akan menambah kesan positif kepada penanam-penanam kelapa yang hidup dalam kemiskinan.

Hasil persidangan, sebanyak 31 kertas kerja dibentangkan di persidangan yang meliputi aspek seperti penyelidikan pertanian, pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran yang berkaitan kelapa. 

Tidak hanya itu, ketika perasmian, Dr. Chin menyatakan bahawa sektor ladang yang dahulunya merosot pada era 1960-an telah semakin pulih dan membangun pada akhir tahun itu. 

Mengikut Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan RM35 juta bagi melaksanakan Skim Rangsangan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil dan RM20 juta untuk kempen anti-minyak sawit bagi menyokong industri kelapa sawit di peringkat antarabangsa.

Untuk makluman, pada awal tahun ini, sektor perladangan telah melaksanakan penetapan kadar gaji minimum sekitar RM1,500 sebulan buat pekerja di sektor perladangan dan kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada tahun 2020 sebanyak RM1,200. 

Kenaikkan ini dalam masa yang sama memberikan impak yang besar buat beberapa persatuan sawit kerana ia dianggap kenaikkan yang besar bagi peladang di kawasan luar bandar yang masih berada dalam tempoh pemulihan daripada pandemik.