Artikel

ASNB Akan Tangguh Urus Niaga Sementara Antara 4 Ke 7 Jun 2022 – Termasuk Pengeluaran

Amanah Saham Nasional Berhad kini mengumumkan mereka akan melakukan pemindahan sistem ke sebuah sistem baharu, dalam memberikan pengalaman lebih baik kepada para pelaburnya.

Disebabkan oleh itu, semua urus niaga unit amanah dan perkhidmatan lain akan ditangguhkan sementara bermula 4 hingga 7 Jun 2022.

Tarikh akhir urus niaga adalah pada 3 Jun 2022 (kecuali ASN Equity 5, ASN Equity Global, ASN Imbang 3 Global dan ASN Sara 2 yang berakhir pada 2 Jun 2022). Semua urus niaga dijangka akan dibuka kembali bermula 8 Jun 2022 kelak.

Pihak ASNB menasihatkan supaya semua pelabur merancang keperluan tunai lebih awal, dan membuat transaksi pelaburan atau pengeluaran sebelum tarikh penangguhan berkenaan.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk mebuat pengeluaran atas-talian lebih awal sekiranya perlu menggunakan wang berkenaan, supaya ia dapat dikreditkan sebelum tarikh penangguhan.