Artikel

Menghampiri RM5 – RON97 Kini RM4.70 Seliter

Kerajaan kini telah melakukan penetapan harga runcit produk petroleum mingguan terbaru, untuk tempoh 26 Mei hingga 1 Jun 2022 kelak.

Melalui penetapan harga runcit mingguan baharu ini, kini harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter, membawa kepada harga RM4.70 seliter.

Sementara untuk RON95, ia kekal pada harga RM2.05 seliter kerana telah ditetaapkan dengan harga siling oleh kerajaan sebelum ini.

Kerajaan turut mengatakan mereka terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, dan mengambil-langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.