Artikel

Fortune 500 Menambah Syarikat Kripto Buat Pertama Kali

Senarai Fortune 500 merupakan senarai syarikat-syarikat teratas di Amerika Syarikat berdasarkan kepada pendapatan pada sesuatu tahun fiskal. Terbaru, Coinbase menjadi syarikat memfokuskan kriptowang pertama yang menyertai senarai Fortune 500 berkenaan, berdasarkan untuk pendapata 2021 lepas.

Melalui 500 syarikat teratas di Amerika Syarikat berkenaan, Coinbase menduduki tangga ke-437 dengan pendapatan melangkaui $7.8 bilion.

Seperti ramai sedia maklum, arena kriptowang memperlihatkan perkembangan drastik pada tahun 2021 lepas, membawa kepada pelbagai peningkatan nilai dan pendapatan untuk syarikat memfokuskan kriptowang.

Coinbase menyediakan bursa dagangan, memudahkan pengguna membeli dan menjual kriptowang dengan mudah. Apa pun, Coinbase masih belum beroperasi secara meluas, dan tidak ditawarkan secara sah di Malaysia.

Apa pun, dengan perkembangan kriptowang kini yang memperlihatkan penurunan drastik dari segi nilai, ia akan menjadi sesuatu yang dinantikan ramai sama ada Coinbase akan kekal dalam senarai pada 2023 kelak.