Berikutan situasi COVID-19 yang semakin meruncing di China, Pos Malaysia kini mengambil pendekatan mengantungkan sementara perkhidmatan penghantaran antarabangsa mereka ke China – bermula hari ini (25 Mei).
Ini kerana, situasi tersebut telah membawa kepada kekurangan tenaga kerja serta lambakan kargo yang besar di lapangan terbang.
Pihak Pos Malaysia masih lagi memantau isu ini bersama petugas China dan pelaksanaan khidmat tersebut akan dimaklumkan kelak. Susulan tindakan itu, Pos Malaysia memohon kerjasama pengguna memahami kesulitan pasaran semasa yang didepani perkhidmatan.
[PENGUMUMAN]
Perkhidmatan penghantaran antarabangsa ke China
Info di laman web: https://t.co/d2F7vQ5o4s
[ANNOUNCEMENT]
International outbound services to China#PosMalaysia #internationaldelivery pic.twitter.com/sILozKO5hN
— Pos Malaysia Berhad (@posmalaysia) May 25, 2022