Seiring dengan percambahan arena ekonomi gig negara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini melihat kesempatan itu wajar diperluaskan kepada kumpulan veteran – untuk memanfaatkan kemahiran, disamping meraih pendapatan tambahan buat mereka.
Maka menerusi program Kerjaya Ekonomi Gig hasil kolaborasi ATM bersama Code 7 – pihaknya menyasarkan sekitar 10,000 veteran ATM akan berdaftar, sertai peluang ekonomi gig dengan penawaran kerjaya kedua.
Setakat ini, sekitar 3,780 veteran ATM telah mula sertai arena ekonomi gig mengikut program tersebut, di mana pernyertaan tersebut membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka.
Menurut Kementerian Pertahanan, sekitar 1,000 program pendedahan kerjaya buat veteran telah dilaksanakan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM – usaha itu bertindak menambah baik taraf hidup dan kesejahteraan veteran ATM.