Artikel

Sistem e-Wages Bantu Indonesia – Kesan Majikan Malaysia Yang Mengelat Bayar Gaji Pekerja

Sistem e-Wages, iaitu medium pembayaran gaji pekerja asing di Malaysia telah mula diperkenalkan bagi menjamin kebajikan serta melindungi hak mereka dalam pasaran negara.

Menerusi sistem ini, ia secara langsung membantu Indonesia mengesan tindakan segelintir majikan yang mengelat membayar gaji mengikut ketetapan yang dijadualkan.

Mengikut laporan, pemantauan secara masa-nyata ini dapat membantu kedua pihak menyelesaikan isu gaji tunggakan yang berlaku. Indonesia kini bersedia memantau situasi terbabit – khususnya mulai hujung bulan ini, penghantaran kumpulan pertama pekerja Indonesia ke Malaysia akan dilaksanakan.

Berdasarkan kesepakatan Indonesia-Malaysia, aliran pembayaran gaji akan dilakukan selewat-lewatnya hari ke-7 bagi setiap bulan. Sekiranya terdapat kegagalan bayaran gaji mengikut masa yang ditetapakan, pertambahan 5% akan dikenakan majikan.

Tidak hanya itu, jika majikan gagal membayar gaji selama 2 bulan berturut, ia akan membolehkan pekerja pembantu rumah menamatkan kontrak mereka serta turut menerima pampasan.