Artikel

Rafiza Ghazali Letak Jawatan Selaku CEO Cradle – Berkuat Kuasa 31 Mei Ini

Cradle, selaku firma yang telah membiayai lebih 900 syarikat startup negara – kini memaklumkan peletakan jawatan Rafiza Ghazali, selaku Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 31 Mei ini.

Makluman Lembaga Pengarah Cradle Fund itu turut memaklumkan, Norman Matthieu Vanhaecke akan dilantik dilantik selaku Pemangku jawatan CEO pada tempoh tersebut. Untuk makluman, Norman ialah Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat Cradle.

Pelantikan pemangku tersebut mengikut laporan akan mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2022 ini, sehingga calon penggantian tetap telah disahkan.

Buat pengetahuan umum, selain pembiayaan ke atas startup negara – Cradle turut memainkan peranan penting dalam mengukuhkan eksosistem startup Malaysia.